PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012
MASYARAKAT MALAYSIA MENGANUT
PELBAGAI AGAMA SEPERTI ISLAM , BUDDHA , KRISTIAN , HINDU ,DAN LAIN – LAIN.
BAGAIMANAKAH PERPADUAN DAPAT DIAMALKAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA TERSEBUT
PENSYARAH : PN MASTURA BINTI MAMAT
(JABATAN AM)
NAMA
NO. MATRIK
|
1. IRFAN
HAEKAL BIN HANAFI 23DLS14F1024
|
2. MUHAMMAD
AKMAL BIN MD AKHIR
23DLS14F1026
|
3. MUHD
FAISAL BIN LUDIN
23DLS14F1015
|
4. MUHD
HAZRUL SHAFIQ BIN SAIFUL RASHIDI
23DLS14F1014
|
D61-DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
(DLS1A)
(SESI:JUN 2014)
PENGENALAN
Kajian
ini menjelaskan masyarakat Malaysia menganut pelbagai agama seperti
islam,buddha ,kristian,hindu dan lain-lain. Bagaimanakah perpaduan dapat
diamalkan dalam kepentingan agama tersebut? Tajuk ini menjelaskan tentang agama
dan kebudayaaan yang terdapat di malaysia dapat mewujudkan satu perpaduan yang
kukuh walaupun berbeza agama. Tajuk ini turut menerangkan bahawa walaupun
didalam negara kita memiliki pelbagai agama dan kaum tetapi perpaduan masih
dapat dibentuk .
Objektif kajian berdasarkan tajuk ini adalah
mengenal pasti kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di malaysia .
Selain itu mengetahui peranan kepelbagaian agama dalam mewujudkan perpaduan
dalam masyarakat di malaysia .
Kajian
ini menerangkan bagaimana perpaduan dapat diwujudkan didalam kepelbagaian agama antaranya adalah pihak sekolah
memainkan peranan kepada pelajar dan turut mengenakan sukatan
pembelajaran.Rumah terbuka juga salah satu faktor yang penting.Selain itu
aktiviti hari keluarga dan kepelbagaian budaya juga teknik yang bagus untuk
mewujudkan perpaduan .
Kajian
ini turut menerangkan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian
agama antaranya adalah mewujudkan masyarakat yang harmoni ,menarik minat
pelancong untuk datang ke Malaysia dan meningkatkan ekonomi negara serta
meningkatkan keamanan negara.
Seterusnya
, dalam meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian agama terdapat pelbagai
langkah –langkah yang telah diwujudkan
antaranya adalah Kempen kerajaan,
berkancang Gotong-royong, Rumah terbuka, Sambutan perayaan peringkat
kebangsaan, Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan, Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Program PLKN, Aktiviti kokurikulum, Penggunaan
bahasa kebangsaan, Perlaksanaan Konsep 1Malaysia,
Selain
itu, kesan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian agama adalah masyarakat
dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Kemudian perancangan pihak kerajaan
berhasil.Seterusnya dapat meningkatkan sistem pelancongan dan peluang pekerjaan
cerah.Manakala dapat menaikan imej negara serta malaysia menjadi pengerusi
pertubuhan antarabangsa.
Akhir sekali ,pengajaran daripada hasil kajian
ini adalah sebagai generasi muda yang sedang mengecapi alam kehidupan kita
haruslah menjaga perpaduan kaum yang telah diwujudkan oleh orang tua kita
supaya masyarakat di malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni. Selain itu , generasi
muda perlu menjadi pembela agama pada masa akan datang .
OBJEKTIF KAJIAN
v Mengenal
pasti kesan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di malaysia .
v Mengetahui
peranan kepelbagaian agama dalam mewujudkan perpaduan dalam masyarakat di
malaysia.
AGAMA YANG TERDAPAT DI
MALAYSIA
AGAMA
ISLAM
Agama islam dianuti oleh
orang-orang Melayu dan Majoriti Bumiputera . Selain itu , agama islam mengamalkan
kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul . Agama turut merayakan
Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban dan juga Hari Keputraan Nabi Muhammad .
Tambahan pula , agama islam berpuasa di bulan Ramadan dan orang islam tidak
memakan khinzir dan anjing.
AGAMA BUDDHA
Agama buddha dianuti oleh
majoriti kaum Cina.Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta
Gautama Buddha yang bermula di India. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu
Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Masyarakat buddha mempercayai kehidupan semula
selepas kematian. Selain itu mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai
'ong' dan juga 'feng shui'.
AGAMA HINDU
Agama hindu dianuti oleh
majoriti kaum India. Agama ini mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi.
Masyarakat hindu merayakan Hari
Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal. Selain itu , masyarakat hindu mempercayai
balasan baik dan buruk selepas kematian. Selepas itu , mereka turut mempercayai
Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.
AGAMA KRISTIAN
Kebanyakkan masyarakat agama
kristian dianuti oleh orang-orang Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam yang
lain. Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa seabgai Anak Tuhan yang
digelar Jesus Kristus. Selain itu , masyarakat ini merayakan Hari Krismas, Hari
Esther dan Tahun Baru. Mereka turut membaptiskan anak yang baru lahir.
Masyarakat kristian beramal atau bersembahyang di gereja.
CARA
PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA DAPAT DIWUJUDKAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana
masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina,
India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan
damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan
bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang
wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar
akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat”. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan
perpaduan kaum di negara kita?
Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
Di samping itu, perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari
keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah
komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat
dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari
keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan
berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di
sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan
menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli
masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang
selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar
rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan
perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.
Kesimpulannya, usaha mewujudkan
perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama
dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat
Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang
disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. “ Bersatu teguh, bercerai roboh”.
KEPENTINGAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA
Satu
Malaysia jadi pegangan,
Rukun
Negara teras panduan,
Satu
Malaysia benteng negara,
Rakyat
Malaysia taat setia.
Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan
kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata
“Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib
Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan
yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang
harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan
wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India,
Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas
menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan
keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang
sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat”.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi
penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik
kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan
perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan
menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan
kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit
dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya
menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan
kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu
menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan
ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia,
penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan
adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya,
persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila
rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,”
nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah
meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa
perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh
sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan
suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan
kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum.
Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua
kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur.
LANGKAH
UNTUK MENINGKATKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA
Perpaduan kaum di Malaysia adalah satu konsep yang amat
penting dalam mendirikan Negara yang sejahtera dan harmoni .Oleh itu , demi
mencapai perpaduan kaum didalam masyarakat Malaysia terdapat pelbagai langkah
untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia antaranya adalah
Langkah pertama pihak kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan pelbagai kempen untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Langkah awal yang telah dijalankan adalah Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional . Kempen ini diwujudkan untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Selain itu , badan kerajaaan juga telah menjalankan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita kempen dibangunkan demi menggalakkan rakyat Malaysia supaya berbudi bahasa serta menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain demi mewujudkan kesefahaman dan perpaduan antara mereka.
Langkah pertama pihak kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan pelbagai kempen untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Langkah awal yang telah dijalankan adalah Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional . Kempen ini diwujudkan untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Selain itu , badan kerajaaan juga telah menjalankan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita kempen dibangunkan demi menggalakkan rakyat Malaysia supaya berbudi bahasa serta menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain demi mewujudkan kesefahaman dan perpaduan antara mereka.
Langkah yang seterusnya adalah amalan bergotong royong di kawasan kediaman, sekolah atau pejabat . Amalan ini adalah salah satu langkah yang paling berkesan untuk mengeratkan hubungan manusia dan kaum kerana aktiviti kemasyarakatan seperti ini menuntut penyertaan setiap kaum . oleh itu , masyarakat bersatu padu memberikan sumbangan yang terbaik untuk menjaga kebersihan dan tali persaudaraan didalam kemasyarakatan.
Perpaduan juga dapat diterapkan didalam jiwa masyarakat dengan adanya penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan. Penganjuran rumah terbuka pada musim perayaan dapat mengundang kenalan datang ke rumah . di kesempatan itu, masyarakat berpeluang untuk saling mengenal antara satu sama lain dan mengukuhkan ukhuwah sesama anggota masyarakat
Malaysia adalah sebuah Negara yang memiliki pelbagai jenis kaum dan budaya dan Malaysia boleh dikategorikan sebagai Negara yang memiliki masyarakat majmuk kerana itu tidak hairanlah di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan pada setiap tahun .Oleh kerana itu , kerajaan telah menganjurkan sambutan perayaan peringkat negeri dan kebangsaan kerana perayaan peringkat kebangsaan ini dapat memberi peluang untuk rakyat berkumpul bersama-sama tanpa mengira kaum dan sama-sama meraikan sambutan perayaan. Dengan ini , akan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup harmoni
Setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan ataupun dikenali sebagai hari kebangsaan . Sambutan sebegini memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat serta pelbagai kaum dan peringkat umur. Selain itu , untuk menjayakan sambutan ini masyarakat majmuk akan sama-sama berusaha agar sambutan tahunan ini dapat direalisasikan dengan jayanya dengan penghayatan tema Hari Kebangsaan.penghayatan tersebut turut dapat menyemai perpaduan sebagai contoh 'Keranamu Malaysia’ . Semasa penghayatan semua rakyat mengenepikan isu bangsa, agama dan budaya demi kesejahteraan Negara.Tambahan pula rakyat yang di bawah identiti 1 Malaysia dapat lebih menghargai erti kemerdekaan serta menghargai keamanan yang dinikmati dan akan terus cuba melestarikannya.
Rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah . Rancangan ini diperkenalkan untuk memastikan hubungan rapat dapat dijalin antara pelajar pelbagai kaum.Oleh itu , perpaduan kaum dapat diterapkan dijiwa masyarakat bermulanya pada generasi muda.
Perbadanan di Malaysia telah mewujudkan sebuah program yang baru khas untuk remaja yang berumur 17 tahun ke atas iaitu program PLKN. Seterusnya remaja yang berumur 17 tahun keatas wajib mengikuti atau menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Didalam program ini remaja didik tentang sistem kenegeraan dan pihak bertanggungjawab didalam program ini telah menyediakan Modul kenegaraan.Program ini turut membawa remaja yang terdiri daripada berbilang kaum hidup di bawah satu bumbung untuk mendidik remaja supaya belajar berinteraksi dan bergaul didalam kelompok kaum yang berbeza . Program ini terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk di Malaysia .Oleh itu, mereka akan bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti yang bertunjangkan nilai kerjasama demi memupuk perpaduan nasional.
Tidak kira disekolah rendah mahupun disekolah menengah sistem kokurikulum sudah pastinya wujud kerana sistem ini dapat mendidik dan melatih pelajar agar lebih berdisiplin. Selain itu , menanam sikap saling menghormati sesama ahli pasukan dan menghargai peranan setiap ahli serta memupuk semangat bekerjasama .Selepas itu aktiviti kokurikulum yang dijalankan kebiasaannnya memerlukan penyertaan ahli pasukan secara berkumpulan dengan ini pelajar dapat belajar menyesuaikan diri dengan ahli-ahli lain demi menjayakan sesuatu aktiviti
keunikan dalam penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia sebagai wadah perhubungan dan komunikasi dengan secara tidak langsungnya dapat membentuk persefahaman di antara semua kaum di Malaysia.
Perlaksanaan Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib telah memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat serta rakyat tidak lagi diklasifikasikan mengikut kaum/bangsa dan semua membawa identiti Malaysia . Mereka turut perlu belajar menerima antara satu sama lain kerana sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh
KESAN
KEPELBAGAIAN AGAMA TERHADAP PERPADUAN DIDALAM NEGARA
Negara
Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang
kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum
utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk
bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada
perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan
semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Isu-isu
yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan
televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan
agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara.
Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti
harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti
keagamaan dengan bebas dan lancar.
Di
samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang
melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita
berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.
Perpaduan
kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum
membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat
beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara.
Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia
terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.
Secara
keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam
mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita
sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita
kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang
berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian,
walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak
menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian
yang telah terbina sekian lama.
BAHAN RUJUKAN
· BUKU
1. PENGAJIAN
MALAYSIA /MARDIANA NORDIN,HASNAH HUSSIN /ISBN/KUALA LUMPUR/OXFORD FAJAR SDN,BHD
· INTERNET
2. Htpp://penerangan.gov.com
PENUTUP
Kajian
yang dilakukan selama kira-kira 3minggu
ini memberikan kami pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini
menggerakkan kami untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan
untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, kami menyedari bahawa
kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana
hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung,
salah satu faktor yang membawa kepada perpaduan didalam negara kita dalam
adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib
dan masa depan pada setiap kaum yang terdapat didalam Negara tanpa mengira
bangsa dan warna kulit . Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil
daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus
ini telah menyedarkan kami tentang pentingnya sifat perpaduan didalam Negara .
Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu
menyumbang kepada perpaduan negara.
Saranan
kepada generasi yang sedang membangun ini adalah janganlah kita mengsia-siakan
hasil titik peluh orang tua kita dalam membentuk perpaduan didalam Negara ini.
Sesungguhnya banyak pengorbanan yang terpaksa direlakan demi mencapai sepakatan
dalam perpaduan. Oleh itu ,generasi mudah haruslah mendidik diri untuk menjadi
seseorang yang berwawasan tinggi dan berpontensi dalam membina perpaduan
didalam Negara tanpa mengira agama dan bangsa
Sangat cantik !!! Creative!! Macam mana nak buat macam ni ye? Lawaaaa plus content pun sangat bravo *applause
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete