Thursday 25 September 2014

PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012

                                                                      
PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012
MASYARAKAT MALAYSIA MENGANUT PELBAGAI AGAMA SEPERTI ISLAM , BUDDHA , KRISTIAN , HINDU ,DAN LAIN – LAIN. BAGAIMANAKAH PERPADUAN DAPAT DIAMALKAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA TERSEBUT
PENSYARAH : PN MASTURA BINTI MAMAT
(JABATAN AM)
     NAMA                                                                                                                                     NO. MATRIK
1.       IRFAN HAEKAL BIN HANAFI                                                                                     23DLS14F1024
2.       MUHAMMAD AKMAL BIN MD AKHIR                                                                         23DLS14F1026
3.       MUHD FAISAL BIN LUDIN                                                                                             23DLS14F1015
  4.       MUHD HAZRUL SHAFIQ BIN SAIFUL RASHIDI                                                            23DLS14F1014


D61-DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
(DLS1A)
(SESI:JUN 2014)




PENGENALAN
Kajian ini menjelaskan masyarakat Malaysia menganut pelbagai agama seperti islam,buddha ,kristian,hindu dan lain-lain. Bagaimanakah perpaduan dapat diamalkan dalam kepentingan agama tersebut? Tajuk ini menjelaskan tentang agama dan kebudayaaan yang terdapat di malaysia dapat mewujudkan satu perpaduan yang kukuh walaupun berbeza agama. Tajuk ini turut menerangkan bahawa walaupun didalam negara kita memiliki pelbagai agama dan kaum tetapi perpaduan masih dapat dibentuk .
  Objektif kajian berdasarkan tajuk ini adalah mengenal pasti kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di malaysia . Selain itu mengetahui peranan kepelbagaian agama dalam mewujudkan perpaduan dalam masyarakat di malaysia .
Kajian ini menerangkan bagaimana perpaduan dapat diwujudkan didalam kepelbagaian  agama antaranya adalah pihak sekolah memainkan peranan kepada pelajar dan turut mengenakan sukatan pembelajaran.Rumah terbuka juga salah satu faktor yang penting.Selain itu aktiviti hari keluarga dan kepelbagaian budaya juga teknik yang bagus untuk mewujudkan perpaduan .                                        
Kajian ini turut menerangkan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian agama antaranya adalah mewujudkan masyarakat yang harmoni ,menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia dan meningkatkan ekonomi negara serta meningkatkan keamanan negara.
Seterusnya , dalam meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian agama terdapat pelbagai langkah –langkah yang telah  diwujudkan antaranya adalah  Kempen kerajaan, berkancang Gotong-royong, Rumah terbuka, Sambutan perayaan peringkat kebangsaan, Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Program PLKN, Aktiviti kokurikulum, Penggunaan bahasa kebangsaan, Perlaksanaan Konsep 1Malaysia,
Selain itu, kesan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian agama adalah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Kemudian perancangan pihak kerajaan berhasil.Seterusnya dapat meningkatkan sistem pelancongan dan peluang pekerjaan cerah.Manakala dapat menaikan imej negara serta malaysia menjadi pengerusi pertubuhan antarabangsa.                                          
 Akhir sekali ,pengajaran daripada hasil kajian ini adalah sebagai generasi muda yang sedang mengecapi alam kehidupan kita haruslah menjaga perpaduan kaum yang telah diwujudkan oleh orang tua kita supaya masyarakat di malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni. Selain itu , generasi muda perlu menjadi pembela agama pada masa akan datang .





OBJEKTIF KAJIAN
v Mengenal pasti kesan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di malaysia .
v Mengetahui peranan kepelbagaian agama dalam mewujudkan perpaduan dalam masyarakat di malaysia.




AGAMA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
AGAMA ISLAM
Agama islam dianuti oleh orang-orang Melayu dan Majoriti Bumiputera . Selain itu , agama islam mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul . Agama turut merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban dan juga Hari Keputraan Nabi Muhammad . Tambahan pula , agama islam berpuasa di bulan Ramadan dan orang islam tidak memakan khinzir dan anjing.
AGAMA BUDDHA
Agama buddha dianuti oleh majoriti kaum Cina.Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Masyarakat buddha mempercayai kehidupan semula selepas kematian. Selain itu mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan juga 'feng shui'.
AGAMA HINDU
Agama hindu dianuti oleh majoriti kaum India. Agama ini mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi. Masyarakat hindu  merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal. Selain itu , masyarakat hindu mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Selepas itu , mereka turut mempercayai Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.
AGAMA KRISTIAN
Kebanyakkan masyarakat agama kristian dianuti oleh orang-orang Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam yang lain. Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa seabgai Anak Tuhan yang digelar Jesus Kristus. Selain itu , masyarakat ini merayakan Hari Krismas, Hari Esther dan Tahun Baru. Mereka turut membaptiskan anak yang baru lahir. Masyarakat kristian beramal atau bersembahyang di gereja.

CARA PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA DAPAT DIWUJUDKAN
 Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip  Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita?
 Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
 

 Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
 Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.
 

 Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.
 Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. “ Bersatu teguh, bercerai roboh”.



KEPENTINGAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

            Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

            Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

            Industri  pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.

            Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

            Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.



            Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA
Perpaduan kaum di Malaysia adalah satu konsep yang amat penting dalam mendirikan Negara yang sejahtera dan harmoni .Oleh itu , demi mencapai perpaduan kaum didalam masyarakat Malaysia terdapat pelbagai langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia antaranya adalah 

Langkah pertama  pihak kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan pelbagai kempen untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Langkah awal yang telah dijalankan adalah Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional . Kempen ini diwujudkan untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Selain itu , badan kerajaaan juga telah menjalankan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita kempen dibangunkan demi menggalakkan rakyat Malaysia supaya berbudi bahasa serta menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain demi mewujudkan kesefahaman dan perpaduan antara mereka.

Langkah yang seterusnya adalah amalan bergotong royong di kawasan kediaman, sekolah atau pejabat . Amalan ini adalah salah satu langkah yang paling berkesan untuk mengeratkan hubungan manusia dan kaum kerana aktiviti kemasyarakatan seperti ini menuntut penyertaan setiap kaum .  oleh itu , masyarakat bersatu padu memberikan sumbangan yang terbaik untuk menjaga kebersihan dan tali persaudaraan didalam kemasyarakatan.

Perpaduan juga dapat diterapkan didalam jiwa masyarakat dengan adanya penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan. Penganjuran rumah terbuka pada musim perayaan dapat mengundang kenalan datang ke rumah . di kesempatan itu, masyarakat berpeluang untuk saling mengenal antara satu sama lain dan  mengukuhkan ukhuwah sesama anggota masyarakat

Malaysia adalah sebuah Negara yang memiliki pelbagai jenis kaum dan budaya dan Malaysia boleh dikategorikan sebagai Negara yang memiliki masyarakat majmuk kerana itu tidak hairanlah di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan pada setiap tahun .Oleh kerana itu , kerajaan telah menganjurkan sambutan perayaan peringkat negeri dan kebangsaan kerana perayaan peringkat kebangsaan ini dapat memberi peluang untuk  rakyat berkumpul bersama-sama tanpa mengira kaum dan sama-sama meraikan sambutan perayaan. Dengan ini , akan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup harmoni

Setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan ataupun dikenali sebagai hari kebangsaan . Sambutan sebegini memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat serta pelbagai kaum dan peringkat umur. Selain itu ,  untuk menjayakan sambutan ini masyarakat majmuk akan sama-sama berusaha agar sambutan tahunan ini dapat direalisasikan dengan jayanya dengan penghayatan tema Hari Kebangsaan.penghayatan tersebut  turut dapat menyemai perpaduan sebagai contoh 'Keranamu Malaysia’ . Semasa penghayatan semua rakyat mengenepikan isu bangsa, agama dan budaya demi kesejahteraan Negara.Tambahan pula rakyat yang di bawah identiti 1 Malaysia dapat lebih menghargai erti kemerdekaan serta menghargai keamanan yang dinikmati dan akan terus cuba melestarikannya.

Rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP)  dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah . Rancangan ini diperkenalkan untuk memastikan hubungan rapat dapat dijalin antara pelajar pelbagai kaum.Oleh itu , perpaduan kaum dapat diterapkan dijiwa masyarakat bermulanya pada generasi muda.

Perbadanan di Malaysia telah mewujudkan sebuah program yang baru khas untuk remaja yang berumur 17 tahun ke atas iaitu program PLKN. Seterusnya remaja yang berumur 17 tahun keatas wajib mengikuti atau   menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Didalam program ini remaja didik tentang sistem kenegeraan dan pihak bertanggungjawab didalam program ini telah menyediakan Modul kenegaraan.Program ini turut membawa remaja yang terdiri daripada berbilang kaum hidup di bawah satu bumbung untuk mendidik remaja supaya  belajar berinteraksi dan bergaul didalam kelompok kaum yang berbeza . Program ini terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk di Malaysia .Oleh itu, mereka akan  bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti yang bertunjangkan nilai kerjasama demi memupuk perpaduan nasional.

Tidak kira disekolah rendah mahupun disekolah menengah sistem kokurikulum sudah pastinya wujud kerana sistem ini dapat mendidik dan melatih pelajar agar lebih berdisiplin. Selain itu , menanam sikap saling menghormati sesama ahli pasukan dan menghargai peranan setiap ahli serta memupuk semangat bekerjasama .Selepas itu aktiviti kokurikulum yang dijalankan kebiasaannnya memerlukan penyertaan ahli pasukan secara berkumpulan dengan ini pelajar dapat belajar menyesuaikan diri dengan ahli-ahli lain demi menjayakan sesuatu aktiviti

keunikan dalam penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia sebagai wadah perhubungan dan komunikasi dengan secara tidak langsungnya dapat membentuk persefahaman di antara semua kaum di Malaysia. 

Perlaksanaan Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib telah memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat serta rakyat tidak lagi diklasifikasikan mengikut kaum/bangsa dan semua membawa identiti Malaysia . Mereka turut perlu belajar menerima antara satu sama lain kerana sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh



KESAN KEPELBAGAIAN AGAMA TERHADAP PERPADUAN DIDALAM NEGARA
Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam  mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

 BAHAN RUJUKAN
·        BUKU
1.  PENGAJIAN MALAYSIA /MARDIANA NORDIN,HASNAH HUSSIN /ISBN/KUALA LUMPUR/OXFORD FAJAR SDN,BHD
·       INTERNET
2.  Htpp://penerangan.gov.com



PENUTUP
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 3minggu  ini memberikan kami pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan kami untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, kami menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
         Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perpaduan didalam negara kita dalam adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan pada setiap kaum yang terdapat didalam Negara tanpa mengira bangsa dan warna kulit . Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
       Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan kami tentang pentingnya sifat perpaduan didalam Negara . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada perpaduan negara.

Saranan kepada generasi yang sedang membangun ini adalah janganlah kita mengsia-siakan hasil titik peluh orang tua kita dalam membentuk perpaduan didalam Negara ini. Sesungguhnya banyak pengorbanan yang terpaksa direlakan demi mencapai sepakatan dalam perpaduan. Oleh itu ,generasi mudah haruslah mendidik diri untuk menjadi seseorang yang berwawasan tinggi dan berpontensi dalam membina perpaduan didalam Negara tanpa mengira agama dan bangsa